Wednesday, February 18, 2009

Pengenalan

Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP) ditubuhkan pada 1 Jun 2005 bagi melaksanakan Program Asasi Sains Pertanian untuk melahirkan pelajar cemerlang, yang mempunyai asas dan minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan agro-bio, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Universiti Putra Malaysia (UPM).Melalui program ini, UPM beriltizam untuk menghasilkan pelajar yang bakal menjadi pelajar cemerlang di peringkat ijazah, yang seterusnya mampu menjadi graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berupaya untuk terus maju dalam bidang pertanian dan agro-bio bagi menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian negara.

No comments:

Post a Comment